Seperti yang kita telah ketahui, Proton telah melancarkan Saga BLM yang telah dapat menawan hati ramai rakyat Malaysia. Proton Saga BLM merupakan kebanggaan Proton sejak mengeluarkan model lama Saga pada tahun 80an yang lalu.
Apa yang terdapat pada Proton SAGA baru ini menjanjikan kepuasan serta kelainan ketara berbanding model lama Proton Saga. Reka bentuknya yang elegan, dibina khas untuk setiap perjalanan, menjimatkan minyak, serta mempunyai kemudahan-kemudahan yang paling bagus dalam kelasnya.
Proton SAGA is made is made for your every journey. Elegant design, fuel-saving next-generation engine, and many more innovative features make in the best in its class.
Dengan harga yang berpatutan iaitu antara RM35 ribu ke RM45 ribu bergantung kepada jenis model dan aksesori tambahan, kereta Saga merupakan kereta yang sesuai untuk semua rakyat Malaysia.
Seperti edisi proton yang pertama, Saga direka khas untuk semua orang. Ruang SAGA baru ini lebih panjang, lebih lebar serta lebih luas. Proton SAGA baru menawarkan ruang kabin yang paling bagus dalam kelasnya yang berkapasiti 413 liter pada bahagian boot belakang amat sesuai untuk mereka yang membawa muatan banyak.
Like the very first edition, the SAGA is built for the people.With a longer and wider body plus extended overall length, the SAGA offers the best cabin space in its class, not to mention a grand 413 litre boot capacity.
Malahan kabin pada SAGA baru ini direka khas untuk beroperasi dengan lebih lancar dan senyap.
Proton Saga BLM juga direka untuk memenuhi standard keselamatan antarabangsa dengan mempunyai chassis dan struktur badan yang lebih kuat ditambah pula dengan beg udara pada bahagian tempat duduk pemandu untuk perlindungan keselamatan.
Designed to fulfill international crash safety standards, the SAGA’s reinforced chassis and body structure plus driver’s airbag will always be there to protect.
Enjin Campro 1.3 yang disertakan pada Proton Saga ini dilengkapi dengan teknologi Integrated Air Fuel Module (IAFM). Sistem kemasukan udara yang baru ini dapat membantu enjin ‘bernafas’ dengan selesa dalam apa jua kelajuan bagi membolehkan enjin bergerak dengan lebih efisien dan berprestasi tinggi serta menjimatkan bahan bakar.
The CamPro 1.3 now has Integrated Air Fuel Module (IAFM) technology. A new air intake system, it helps the engine “breathe” better at any speed to provide greater fuel efficiency and performance.
Berdasarkan fakta pertandingan yang dianjurkan Proton daripada Glenmarie ke Gopeng iaitu lebih kurang 200km, Saga BLM boleh bergerak sejauh 44.7191 KM untuk setiap liter petrol.
Tapi pendapat kebanyakan pengguna Saga, hanya RM10 untuk setiap 100KM. (RM1.80/liter petrol)
Proton Saga Comes with 7 desirable colours:
Generic silver, Chili red, Granite grey, Solid white, Zircon green, Metallic black, Mountain blue.
Spesifikasi Proton Saga Model N-Line, B-Line & M-Line.
Model enjin CamPro 1.3, 16-V, DOHC, 40 Liter Petrol.
Power & Tilt stereng bagi semua jenis model.
Kelajuan maksimum 155kmj bagi transmisi automatik dan 160kmj bagi transmisi manual.
N-Line = tayar 175/70R13 rim tayar besi dengan penutup tengah.
B-Line = tayar 175/70R13 rim tayar besi dengan penutup keseluruhan.
M-Line = tayar 175/70R14 rim tayar besi dan aloi.
Power window hadapan, remote kunci dan sistem penggera hanya untuk B-Line & M-Line.
M-Line = Beg udara, pintu dan tingkap elektronik, tempat duduk boleh ubah ketinggian dan reverse sensor.
Kunci utama dan radio serta CD bagi semua model.
Bagi mereka yang berminat kepada modifikasi, pastinya anda boleh menggunakan kreativiti anda untuk meletakkan bodykit yang sesuai untuk kereta anda. Anda boleh berkongsi pendapat anda dengan kami. Seperti saudara E.j yang telah memberi kami gambar keretanya. Beliau juga ingin membuat beberapa modifikasi pada keretanya.